Wednesday, November 18, 2009

AKTIVITI 9 :HURAIAN MINI KT

Tajuk : "Grafik dan Video Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Kelas"

.:: MATLAMAT ::.
Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup.

.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.
> Menilai penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas semasa matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran.
> Menilai pencapaian akademik pelajar meningkat dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup

.:: PERSOALAN KAJIAN ::.
> Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
> Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar?

.:: SAMPEL KAJIAN ::.

Pelajar dalam kelas matematik, bahasa melayu dan kemahiran hidup

.:: SETTING KAJIAN ::.

Di dalam bilik darjah


AKTIVITI 8 :CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN TAJUK KT

Tajuk : " Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Kelas."

Pendapat individu
  • sekolah menyediakan kelengkapan peralatan ICT untuk pembelajaran yang berkesan kepada pelajar
Pendapat kumpulan
  • Video yang pendek dan padat
  • Grafik yang menarik dan bermakna
  • Selang - selikan grafik dan video dengan penerangan
  • Menggunakan grafik dan video yang bersesuaian dengan isi pengajaran
Pendapat daripada kumpulan lain
  • guru perlu sentiasa mempertingkatkan diri dengan kemahiran ICT
  • guru perlu tahu menggunakan peralatan ICT secara keseluruhannya.

AKTIVITI 7 : KELEMAHAN TAJUK KT

Tajuk : " Grafik Dan Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di dalam Kelas".

Pengalaman secara individu
  • kekangan kelengkapan peralatan di sekolah
Pengalaman daripada kumpulan
  • Memerlukan kemahiran yang tertentu
  • Memerlukan peralatan-peralatan yang tertentu
  • Ianya memakan atau mengambil masa yang lama
  • Jika peralatan rosak - proses p n p yang dirancang tergendala
  • Ada sesetengah video atau grafik tidak membantu atau tidak berkaitan dengan isi pengajaran
  • Pelajar lebih berminat atau memberi perhatian pada grafik dan video, bukan pada isi pengajaran
Pengalaman daripada kumpulan lain
  • ada guru yang masih tidak mahir menggunakan peralatan
  • video tidak boleh di buka jika setting tidak sama seperti di dalam komputer

AKTIVITI 6 : KEKUATAN TAJUK MINI KT.

Tajuk :Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Kelas."

Pandangan individu
  • menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran
  • menghidupkan susana pembelajaran yang kondusif
Pandangan kumpulan
  • Pelajar tidak bosan dan tidak mengantuk
  • Pelajar lebih berminat
  • Pelajar lebih memberikan perhatian
  • Pelajar termotivasi untuk belajar
  • Pelajar lebih cepat dan mudah ingat
Pandangan daripada kumpulan lain
  • menarik minat pelajar
  • pelajar tidak bosan
  • pelajar terdedah kepada pembelajaran berasaskan teknologi

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5 : TUGASAN 1 DAN 4

Mengapa guru novis/pelatih/berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan?


Pandangan individu
  • supaya mempertingkatkan diri dengan ilmu baharu dan mengikuti perkembangan semasa
  • supaya dapat memikirkan kepelbagaian kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan semasa
Pandangan kumpulan
  • tugas sebagai guru yang semakin mencabar. tanggungjawab dan tugas sebagai guru juga sudah semakin berat.
  • tugas guru itu sendiri sebagai penyampai maklumat dan ilmu kepada pelajar. jadi guru perlu sentiasa memperbaharui maklumat dan kemahiran dengan melakukan kajian tindakan.
  • dengan meningkatkan ilmu pengetahuan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan profesion keguruan itu sendiri.
  • melakukan kajian tindakan dapat membantu guru novis melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk memahami cabaran kerjaya sebagai seorang guru.
  • dapat membantu cara mempertingkatkan motivasi dan disiplin pelajar. melalui kajian tindakan, guru menemui cara atau kaedah untuk menangani masalah berkaitan dengan pelajar.

AKTIVITI 4 : MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk mini kajian tindakan :

Grafik dan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Permasalahan kajian :

Cara pengajaran Bahasa Melayu,matematik dan kemahiran hidup yang konvensional agak membosankan pelajar.
Kebiasaannya guru hanya memperbetulkan kesalahan yang dibuat oleh pelajar di dalam buku kerja dan hanya pelajar pelajar tersebut sahaja yang mengetahui kesalahan yang telah dilakukan. Jadi, dengan menggunakan grafik dan video menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang deria penglihatan, pendengaran serta minda pelajar. Pembelajaran lebih bersifat perbincangan dan disertakan dengan grafik-grafik menarik supaya pelajar tidak mudah bosan.

Sampel Kajian :

Pelajar di dalam kelas matematik,bahasa melayu, kemahiran hidup.

Setting Kajian :

Di dalam bilik darjah.

Wednesday, November 11, 2009

TUGASAN 2 : AKTIVITI 2 : JURNAL

COLLABORATIVE LEARNING & PEER REVIEWS IN SPECIAL EDUCATION oleh Rachael Hanson

- Melihat keberkesanan pembelajaran secara bersama-sama dengan bantuan rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi akademik & tahap penguasaan pelajar di dalam penulisan.
- Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
- Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan pencapaian pelajar?

EVALUATION OF A K-5MATHEMATIC PROGRAM WHICH INTEGRATED CHILDREN’S LITERATURE: CLASSROOM ENVIRONMENT AND ATTITUDE

- Kajian ini untuk menentukan atau mengkaji tahap keberkesanan PROJEK SMILE (Science and Mathematics Integrated with Literacy Experiences) mempengaruhi perlaksanaan persekitaran bilik darjah dan perilaku atau tingkahlaku pelajar secara positif.

Using Opportunities to Respond in a General Education Classroom : A Case Study
Oleh Todd Haydon, G. Richmond Mancil and Christopher Van Loan

- melihat perubahan atau peningkatan bilangan pelajar yang mengambil bahagian dan memberi respon ketika guru memberi peluang kepada mereka untuk bertindak balas.
- apabila guru meningkatkan peluang kepada mereka untuk bertindak balas, pelajar yang menjawab dan memberi respon yang betul juga meningkat manakala pelajar yang suka menganggu pelajar lain berkurangan.

Sunday, November 8, 2009

TUGASAN 1 : BUKU

Maksud kajian tindakan

Menurut buku Teacher Action Research: Building Knowledge Democracies yang ditulis oleh Gerald J. Pine, kajian tindakan membawa maksud sebagai proses mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan untuk mengatasinya.

Ianya mengkaji sesuatu permasalah secara lebih bersistematik dan mengambil langkah untuk mengubah situasi tersebut secara berterusan. Kajian tindakan menganggap guru sebagai agen yang membuat pembaharuan. Ia menganggap guru dapat meningkatkan penglibatan secara berterusan dalam mengubah dan mempelbagaikan konteks.

Kajian tindakan di dalam buku ini menyatakan ia bersifat kolaboratif, melibatkan penglibatan pelbagai pihak dan menerima maklumat daripada pelbagai sumber.

TUGASAN KELAS : NOTA

TAJUK : KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN

Konsep Kajian Tindakan


Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan dari perspektif orang dalam (insider perspective) di mana penyelidik itu sendiri terlibat sebagai bahan kajian dalam kajian yang hendak dilaksanakannya. Ini bermaksud, penyelidik melihat kebolehan dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai persoalan timbul tentang diri sendiri:

1. Adakah apa yang saya lakukan ini adalah betul?

2. Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara, supaya saya dapat bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?

Dari perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara. Kajian tindakan juga satu proses kajian inkuiri atau kajian yang bersistematik. Kajian tindakan berbeza daripada kajian tradisional kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian. Kajian tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan.

Proses asas yang perlu ada dalam kajian tindakan merangkumi:
a. Reka bentuk kajian
b. Pengumpulan data
c. Analisis data
d. Hasil komunikasi
e. Mengambil tindakan

Model-Model Kajian Tindakan

1) Model Lewin's


2) Model McKernan's

3) Model Kemmis's
4) Model Ebbutt's

5) Model Elliot's

Saturday, November 7, 2009

ULASAN JURNAL.

Tajuk : Using Opportunities to Respond in a General Education Classroom : A Case Study

Penulis : Todd Haydon, G. Richmond Mancil and Christopher Van Loan

Masalah Kajian:
melihat perubahan atau peningkatan bilangan pelajar yang mengambil bahagian dan memberi respon ketika arahan diberi menggunakan kaedah OTR.

Sampel kajian:
pelajar tahun 5.

Setting kajian:
Sekolah rendah di Florida Utara.

Prosedur kajian:
terdapat empat prosedur yang diguna pakai oleh penulis iaitu:
1. Penyertaan dan setting- penulis menggunakan sampel kajian daripada murid tahun 5 di dalam kelas subjek sains di sebuah sekolah rendah.
2. Pengukuran yang telah ditetapkan- terdapat tiga pengukuran yang digunakan iaitu gangguan tingkah laku, respon yang betul dan tingkah laku semasa tugasan.
3. Pembolehubah tetap- pengukuran secara langsung tentang pembolehubah dan untuk mendapatkan kesahihan dapatan data.
4. Rekaan eksperimen- untuk mengetahui keberkesanan dan peningkatan jumlah yang berjaya dilakukan oleh guru menggunakan OTR dengan menggunakan rekaan keluaran ABA.

Pengumpulan data:
penulis menggunakan tiga kaedah semasa mengumpulkan dapatan kajian yang telah dilakukan:
1. Pemerhatian- dilakukan di dalam kelas semasa proses PnP dijalankan. Pemerhatian dibuat pada 10 minit awal dan kemudian 10 minit terakhir pembelajaran.
2. Garis panduan- guru memberi arahan biasa mengenai cara penyampaian pelajaran dan juga soal jawab. Sesi arahan berdasarkan makna perkataan sains yang telah dipelajari daripada pengajaran lepas ataupun daripada bahan bacaan.
3. Sesi latihan guru- selepas mendapatkan nilai stabil pelajar yang mempunyai gangguan tingkah laku yang diperolehi semasa fasa garis panduan, guru berlatih menyampaikan soalan sekurang-kurangnya tiga soalan dalam masa seminit.

Analisis data:
analisis data dilakukan menggunakan dua kaedah:
1. Soal jawab- kadar soalan yang dibacakan oleh guru dikira menggunakan sisihan piawai.
2. Sasaran tingkah laku- ia dikira berdasarkan peratusan mengikut tingkah laku semasa tugasan, gangguan tingkah laku dan respon yang betul yang diberikan oleh pelajar.

Paparan dapatan kajian:
dapatan kajian dipaparkan menggunakan graf yang berasingan iaitu graf OTR per minit semasa proses pembelajaran, graf gangguan tingkahlaku dan respon yang betul per minit dan juga graf peratusan penyertaan pelajar semasa tugasan di dalam kelas.