Saturday, November 7, 2009

ULASAN JURNAL.

Tajuk : Using Opportunities to Respond in a General Education Classroom : A Case Study

Penulis : Todd Haydon, G. Richmond Mancil and Christopher Van Loan

Masalah Kajian:
melihat perubahan atau peningkatan bilangan pelajar yang mengambil bahagian dan memberi respon ketika arahan diberi menggunakan kaedah OTR.

Sampel kajian:
pelajar tahun 5.

Setting kajian:
Sekolah rendah di Florida Utara.

Prosedur kajian:
terdapat empat prosedur yang diguna pakai oleh penulis iaitu:
1. Penyertaan dan setting- penulis menggunakan sampel kajian daripada murid tahun 5 di dalam kelas subjek sains di sebuah sekolah rendah.
2. Pengukuran yang telah ditetapkan- terdapat tiga pengukuran yang digunakan iaitu gangguan tingkah laku, respon yang betul dan tingkah laku semasa tugasan.
3. Pembolehubah tetap- pengukuran secara langsung tentang pembolehubah dan untuk mendapatkan kesahihan dapatan data.
4. Rekaan eksperimen- untuk mengetahui keberkesanan dan peningkatan jumlah yang berjaya dilakukan oleh guru menggunakan OTR dengan menggunakan rekaan keluaran ABA.

Pengumpulan data:
penulis menggunakan tiga kaedah semasa mengumpulkan dapatan kajian yang telah dilakukan:
1. Pemerhatian- dilakukan di dalam kelas semasa proses PnP dijalankan. Pemerhatian dibuat pada 10 minit awal dan kemudian 10 minit terakhir pembelajaran.
2. Garis panduan- guru memberi arahan biasa mengenai cara penyampaian pelajaran dan juga soal jawab. Sesi arahan berdasarkan makna perkataan sains yang telah dipelajari daripada pengajaran lepas ataupun daripada bahan bacaan.
3. Sesi latihan guru- selepas mendapatkan nilai stabil pelajar yang mempunyai gangguan tingkah laku yang diperolehi semasa fasa garis panduan, guru berlatih menyampaikan soalan sekurang-kurangnya tiga soalan dalam masa seminit.

Analisis data:
analisis data dilakukan menggunakan dua kaedah:
1. Soal jawab- kadar soalan yang dibacakan oleh guru dikira menggunakan sisihan piawai.
2. Sasaran tingkah laku- ia dikira berdasarkan peratusan mengikut tingkah laku semasa tugasan, gangguan tingkah laku dan respon yang betul yang diberikan oleh pelajar.

Paparan dapatan kajian:
dapatan kajian dipaparkan menggunakan graf yang berasingan iaitu graf OTR per minit semasa proses pembelajaran, graf gangguan tingkahlaku dan respon yang betul per minit dan juga graf peratusan penyertaan pelajar semasa tugasan di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment