Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4:MINI KT

Tajuk : Grafik dan Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di dalam Kelas.

Ini di antara kerangka yang akan kami gunakan dalam kajian mini KT.

.:::::.Teoritikal kajian.:::::.

Teori Vygotsky

Lev Vygotsky (1896 - 1934)mencadangkan bahawa:

Interaksi sosial dan budaya mempunyai kesan yang dramatik ke atas perkembangan kognitif

Proses kognitif (bahasa, pemikiran dan penaakulan) berkembang melalui interaksi sosial

Pembelajaran dibantu oleh interaksi sosial antara kanak-kanak dengan “orang yang lebih tahu: ch: guru, ibubapa, jurulatih, rakan sebaya pakar dll)

Perbezaan antara Teori Piaget dan Vygotsky

@Piaget hanya menumpu kepada kanak-kanak sebagai individu dan gagal mempertimbangkan pengaruh setting sosial kepada perkembangan kognitif kanak-kanak

@Bagi Vygotsky, cara orang dewasa menggunakan bahasa dan “gestures” serta pengalaman kanak-kanak melalui interaksi sosial mempunyai pengaruh yang kuat ke atas perkembangan kognitifnya.

Bagaimana di aplikasikan dalam mini KT

  • Menggunakan faktor transmisi sosial iaitu belajar daripada orang lain. Kami mengaplikasikannya di dalam mini kajian tindakan kami dengan menggunakan grafik atau gambar kepada pelajar berkenaan sesuatu matapelajaran (Bahasa Melayu, matematik dan Kemahiran Hidup) supaya mereka dapat melihat sesuatu situasi agar mereka dapat belajar melalui orang lain.
  • Membuat pelajar belajar melalui penerokaan, menguji dan memerhati dan akhirnya menyusun maklumat. Pelajar akan melihat dan meneroka grafik atau gambar yang ditunjukkan oleh guru, menguji serta memerhatikannya untuk lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru.
  • Mengaplikasikan adaptasi dan equilibrasi. Adaptasi diaplikasikan dengan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada atau melalui grafik atau gambar tersebut, pelajar dapat memahami sesuatu fenomena/ situasi/matapelajaran tersebut. Kemudian mereka dikehendaki mengubahsuai dan memperkembangkan lagi pemikiran atau pengetahuan mereka supaya mereka dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sebenar.(equilibrasi)
.:::::.Operational kajian.:::::.


Definisi grafik

  • Grafik ialah kombinasi lambang-lambang, gambar-gambar, simbol, huruf,angka,perkataan,lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberikan konsep dan idea daripada pengirim kepada sasarannya dalam proses penyampaian maklumat.
  • Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberikan satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik berasal daripada perkataan "graphikos" yang bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

  • Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas.

Ciri-ciri Grafik Yang Berkesan

  • Mudah dan jelas di baca dan difahami.
  • Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah.
  • Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat di dalam visual.
  • Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat di dalam visual.

AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

Setelah di murnikan, kami telah menukar tajuk daripada "PENGGUNAAN GRAFIK DAN VIDEO DAN SUBJEK BAHASA MELAYU, MATEMATIK DAN KEMAHIRAN HIDUP" kepada "GRAFIK DAN VIDEO DALAM PROSES PnP DI DALAM KELAS"

Tajuk :

“Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam bilik Darjah.”

.:: PERMASALAHAN KAJIAN ::.

Cara pengajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup yang konvensional agak membosankan pelajar. Kebiasaannya guru memperbetulkan kesalahan yang dibuat oleh pelajar di dalam buku kerja dan hanya pelajar pelajar tersebut sahaja yang mengetahui kesalahan yang telah dilakukan. Jadi, dengan menggunakan grafik dan video menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang deria penglihatan, pendengaran serta minda pelajar. Pembelajaran lebih bersifat perbincangan dan disertakan dengan grafik-grafik menarik supaya pelajar tidak mudah bosan.

.:: MATLAMAT ::.

Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup.

.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.

Menilai penglibatan secara aktif di dalam kelas semasa matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemnahiran Hidup

Menilai pencapaian akademik pelajar meningkat dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup

.:: PERSOALAN KAJIAN ::.

Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan gambar dapat meningkatkan penglibatan pelajar?

Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan gambar dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar?

.:: SAMPEL KAJIAN ::.

Pelajar dalam kelas matematik, bahasa melayu dan kemahiran hidup

.:: SETTING KAJIAN ::.

Di dalam bilik darjah


AKTIVITI 11: TUGASAN 2:JURNAL

Jurnal 1

Tajuk : COLLABORATIVE LEARNING & PEER
REVIEWS IN SPECIAL EDUCATION
Penulis : Rachael Hanson

Penyataan masalah
  • Melihat keberkesanan pembelajaran secara bersama-sama dengan bantuan rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi akademik & tahap penguasaan pelajar di dalam penulisan.
  • Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
  • Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan pencapaian pelajar?
Metodologi

2 pelajar dipanggil secara sukarela untuk menulis satu karangan/penulisan/cerita dalam sesuatu topik kemudian mereka akan bertukar-tukar penulisan tersebut dan membacakannya (penulisan pasangannya). Mereka dikehendaki mengenalpasti dan menyatakan kesalahan di dalam penulisan tersebut iaitu kesalahan yang telah dibuat oleh rakan mereka tersebut. Seterusnya memberikan cadangan untuk penambahbaik. Selepas itu, pengkaji akan memberi borang kaji selidik kepada kedua-dua pelajar tersebut.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:
  1. Jurnal guru – guru merekod mengenai bagaimana setiap aktiviti berjalan pada setiap hari termasuk mengenai penglibatan pelajar di setiap pelajaran dan aktiviti.
  2. Pelajar menilai dengan menggunakan skala 1-10 dan memberi maklumbalas.
  3. Memberi penilaian dan rubric melalui kuiz, ujian dan lembaran kerja dan lain-lain.
  4. Tinjauan dngan guru member reflect terhadap pengajaran setiap hari.
Dapatan Kajian :
Pelajar lebih berminat kerana guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan maklumat apa yang mereka belajar.
Pencapaian akademik pelajar turut meningkat dengan peningkatan penglibatan pelajar.


Jurnal 2

Tajuk : EVALUATION OF A K-5MATHEMATIC
PROGRAM WHICH INTEGRATED CHILDREN’S
LITERATURE:CLASSROOM ENVIRONMENT
AND ATTITUDE
Penulis :Rachel Hanson

Penyataan masalah
  • Kajian ini untuk menentukan atau mengkaji tahap keberkesanan PROJEK SMILE (Science and Mathematics Integrated with Literacy Experiences) mempengaruhi perlaksanaan persekitaran bilik darjah dan perilaku atau tingkahlaku pelajar secara positif.
Metodologi
Kajian ini mempunyai 4 peringkat iaitu :
1.Peringkat Pertama : Pra-Ujian Tingkahlaku
Ujian ini dilakukan melalui soalselidik. Soalselidik adalah berdasarkan NAEP (National Assessment Educational Progress). Kemudian, 10% daripada pelajar dan guru ditemuramah berdasarkan pada jawapan mereka bagi pra-ujian tersebut.

2.Peringkat Kedua : Pembangunan Professional melibatkan SMILE.
Peringkat ini berlangsung selama 5hari wkatu bekerja dalam jangkamasa 10minggu mengajar. Guru akan diminta melaksanakan pengajaran dan bahan pengajaran mereka bersama pelajar di mana pelajar akan membuat sampel hasil kerja mereka.

3.Peringkat ketiga : Pentaksiran Sebenar dan Persekitaran Bilik Darjah.
Peringkat ini berdasarkan The My Classroom Inventory (MCI). MCI menekankan 5 dimensi persekitaran bilik darjah iaitu :1)Kepuasan 2)Pertelingkahan 3)Persaingan 4)Kesukaran 5)Kemesraan
Kajian ini adalah ringkas kerana hanya memerlukan jawapan YA atau TIDAK sahaja.

4.Peringkat Keempat : Ujian Tingkahlaku
Ujian ini berdasarkan CRISS (Creating Independenc through Student-owned Strategies).

Pengumpulan dan Penganalisisan Data Kajian :

Terdapat 2 data yang dikumpul dan dianalisis iaitu :
1) Kualitatif data- melalui pemerhatian dan temuramah kedua-dua responden iaitu guru dan pelajar dan sampel hasil kerja pelajar.
2) Kuantitatif data- melalui 2 sumber iaitu NAEP iaitu mengukur perubahan tingkahlaku pelajar bagi pembacaan, penulisan dan matematik dan melalui MCI iaitu mengukur persepsi pelajar persekitaran pembelajaran bilik darjah.

Paparan Hasil Kajian :

Kajian ini memaparkan hasil dapatan mereka dengan mengasingkan mengikut data yang dikumpul iaitu kualitatif data dan kuantitatif data.
Melalui kualitatif data, antara 6 guru tersebut Ms Tanya Robinette dan juga pelajarnya, Barbara yang dapat perubahan positif apabila melaksanakan Projek SMILE dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Melalui kuantitatif data, pengkaji menggunakan Cronbach Alpha Coefficient. Ini digunakan untuk membuat jadual bagi mengasingkan keempat-empat peringkat.

Jurnal 3

Tajuk : USING OPPORTUNITIES TO RESPOND IN
A GENERAL EDUCATIONAL CLASSROOM:
A CASE STUDY
Penulis : Todd Haydon, G. Richmond Mancil and Christopher Van Loan


Pernyataan masalah
  • melihat perubahan atau peningkatan bilangan pelajar yang mengambil bahagian dan memberi respon ketika guru memberi peluang kepada mereka untuk bertindak balas.
  • apabila guru meningkatkan peluang kepada mereka untuk bertindak balas, pelajar yang menjawab dan memberi respon yang betul juga meningkat manakala pelajar yang suka menganggu pelajar lain berkurangan.
Metodologi
terdapat empat prosedur yang diguna pakai oleh penulis iaitu:
  • Sample dan setting- penulis menggunakan sampel kajian daripada murid tahun 5 di dalam kelas subjek sains di sebuah sekolah rendah.
  • Pengukuran yang telah ditetapkan- terdapat tiga pengukuran yang digunakan iaitu gangguan tingkah laku, respon yang betul dan tingkah laku semasa tugasan.
  • Pembolehubah tetap- pengukuran secara langsung tentang pembolehubah dan untuk mendapatkan kesahihan dapatan data.
  • Rekaan eksperimen- untuk mengetahui keberkesanan dan peningkatan jumlah yang berjaya dilakukan oleh guru menggunakan OTR dengan menggunakan rekaan keluaran ABA.
Pengumpulan data:
penulis menggunakan tiga kaedah semasa mengumpulkan dapatan kajian yang telah dilakukan:
1. Pemerhatian- dilakukan di dalam kelas semasa proses PnP dijalankan. Pemerhatian dibuat pada 10 minit awal dan kemudian 10 minit terakhir pembelajaran.
2. Garis panduan- guru memberi arahan biasa mengenai cara penyampaian pelajaran dan juga soal jawab. Sesi arahan berdasarkan makna perkataan sains yang telah dipelajari daripada pengajaran lepas ataupun daripada bahan bacaan.
3. Sesi latihan guru- selepas mendapatkan nilai stabil pelajar yang mempunyai gangguan tingkah laku yang diperolehi semasa fasa garis panduan, guru berlatih menyampaikan soalan sekurang-kurangnya tiga soalan dalam masa seminit.

Analisis data:
analisis data dilakukan menggunakan dua kaedah:
1. Soal jawab- kadar soalan yang dibacakan oleh guru dikira menggunakan sisihan piawai.
2. Sasaran tingkah laku- ia dikira berdasarkan peratusan mengikut tingkah laku semasa tugasan, gangguan tingkah laku dan respon yang betul yang diberikan oleh pelajar.

Paparan dapatan kajian:
dapatan kajian dipaparkan menggunakan graf yang berasingan iaitu graf OTR per minit semasa proses pembelajaran, graf gangguan tingkahlaku dan respon yang betul per minit dan juga graf peratusan penyertaan pelajar semasa tugasan di dalam kelas.

AKTIVITI 10:TUGASAN 1:BUKU

Tajuk buku :Teacher Action Research:
Building Knowledge Democracies
Penulis : Gerald J. Pine
Terbitan : SAGE PUBLICATION
Tahun : 2009

Maksud kajian tindakan

Menurut buku Teacher Action Research: Building Knowledge Democracies yang ditulis oleh Gerald J. Pine, kajian tindakan membawa maksud sebagai proses mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan untuk mengatasinya.

Ianya mengkaji sesuatu permasalah secara lebih bersistematik dan mengambil langkah untuk mengubah situasi tersebut secara berterusan. Kajian tindakan menganggap guru sebagai agen yang membuat pembaharuan. Ia menganggap guru dapat meningkatkan penglibatan secara berterusan dalam mengubah dan mempelbagaikan konteks.

Kajian tindakan di dalam buku ini menyatakan ia bersifat kolaboratif, melibatkan penglibatan pelbagai pihak dan menerima maklumat daripada pelbagai sumber.

Menurut buku yang berjudul "Teachers Doing Research : An Introductory Guidebook " oleh Murray Thomas, kajian tindakan membawa maksud mengkaji dan menganalisis sesuatu pemasalahan untuk mencari jawapan yang sesuai secara sistematik.


Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan?
  • menggalakkan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah-kaedah ataupun strategi pengajaran yang baru.
  • menyediakan atau menyampaikan maklumat kepada orang ramai yang berminat untuk mengetahuinya.
  • mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu permasalahan.
  • mengajar menggunakan proses-proses yang baru dan memenuhi keperluan mengajar.

Bila kajian tindakan ini dilakukan?
  • apabila terdapat atau berlaku sesuatu pemasalahan berkaitan dengan PnP atau persekitaran sekolah.
  • untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi.
Di mana kajian tindakan dilakukan?
Setting Kajian
  • Di dalam kawasan sekolah
  • Di dalam dan di luar bilik darjah.
Sampel Kajian
  • pelajar di dalam sesebuah kelas yang terlibat di dalam kajian.
Bagaimana melakukan kajian tindakan
Prosedur
  • Pemerhatian - mengumpul maklumat dengan melihat dan mendengar.
  • Temuduga - mendapat maklumat dengan bertanya secara berstruktur atau tidak berstruktur dengan sampel kajian.
  • Soal selidik - instrumen yang mengandungi soalan yang berkaitan dengan kajian.
Pengumpulan data
  • Data kualitatif - pendekatan am umtuk mendapatkan maklumat. Data ini biasanya diperolehi dengan membuat soalselidik,pemerhatian dan lain-lain.
  • Data kuantitatif - berbentuk angka dan biasanya dinyatakan dalam bentuk statistik.
Penganalisisan data
  • Mengklasifikasikan struktur sistem
  • Statistik deskriptif - data mentah
  • Grafik - jadual peratusan
  • Triangulate data

Model Kajian Tindakan





Carr dan Kemmis (1986) menyatakan terdapat dua tujuan penting kajian tindakan iaitu memperbaiki dan melibatkan diri. Terdapat tiga matlamat yang hendak dicapai iaitu memperbaiki, mendalami dan memahami amalan. Amalan-amalan ini dapat dilakukan dalam empat fasa iaitu merancang, melaksana, menilai dan mereflek. Tujuan umum kajian tindakan ialah memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion keguruan.

Model ini merupakan kitaran daripada tindakan dan reflek, dipecahkan menjadi fasa perancangan, tindakan, pemerhatian dan reflek. Kitaran ini boleh bermula daripada mana-mana fasa dan tidak terhenti apabila sesuatu kitaran selesai tetapi ia merupakan permulaan kepada kitaran yang lain dan menjadi lebih banyak kitaran. Ia merupakan proses yang berterusan.

Dalam melakukan kajian tindakan, perlu juga untuk melalui empat fasa ini. Bermula dengan perancangan, rancang apa yang hendak di kaji, siapa, bagaimana dan sebagainya. Kebiasaanya kitaran yang bermula dengan perancangan adalah sesuatu permasalahan yang baru. setelah fasa perancangan, akan diikuti dengan tindakan iaitu pengkaji perlu bertindak setelah apa yang telah dirancang dengan melaksanakan kajian tindakan tersebut. Seterusnya fasa pemerhatian di mana fasa ini merupakan data dapatan kajian diperolehi. Setelah data diperolehi,pengkaji perlu mereflek atau bertindak balas dengan hasil dapatan tersebut sama ada ia memenuhi objektif kajian tindakan tersebut atau tidak. Seterusnya proses empat fasa ini boleh berterusan untuk memperbaiki dapatan data kajian tindakan.


Wednesday, November 18, 2009

AKTIVITI 9 :HURAIAN MINI KT

Tajuk : "Grafik dan Video Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Kelas"

.:: MATLAMAT ::.
Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup.

.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.
> Menilai penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas semasa matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran.
> Menilai pencapaian akademik pelajar meningkat dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup

.:: PERSOALAN KAJIAN ::.
> Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
> Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar?

.:: SAMPEL KAJIAN ::.

Pelajar dalam kelas matematik, bahasa melayu dan kemahiran hidup

.:: SETTING KAJIAN ::.

Di dalam bilik darjah