Tajuk buku :Teacher Action Research:
Building Knowledge Democracies
Penulis : Gerald J. Pine
Terbitan : SAGE PUBLICATION
Tahun : 2009
Maksud kajian tindakan
Menurut buku Teacher Action Research: Building Knowledge Democracies yang ditulis oleh Gerald J. Pine, kajian tindakan membawa maksud sebagai proses mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan untuk mengatasinya.
Ianya mengkaji sesuatu permasalah secara lebih bersistematik dan mengambil langkah untuk mengubah situasi tersebut secara berterusan. Kajian tindakan menganggap guru sebagai agen yang membuat pembaharuan. Ia menganggap guru dapat meningkatkan penglibatan secara berterusan dalam mengubah dan mempelbagaikan konteks.
Kajian tindakan di dalam buku ini menyatakan ia bersifat kolaboratif, melibatkan penglibatan pelbagai pihak dan menerima maklumat daripada pelbagai sumber.
Menurut buku yang berjudul "Teachers Doing Research : An Introductory Guidebook " oleh Murray Thomas, kajian tindakan membawa maksud mengkaji dan menganalisis sesuatu pemasalahan untuk mencari jawapan yang sesuai secara sistematik.
Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan?
- menggalakkan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah-kaedah ataupun strategi pengajaran yang baru.
- menyediakan atau menyampaikan maklumat kepada orang ramai yang berminat untuk mengetahuinya.
- mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu permasalahan.
- mengajar menggunakan proses-proses yang baru dan memenuhi keperluan mengajar.
Bila kajian tindakan ini dilakukan?
- apabila terdapat atau berlaku sesuatu pemasalahan berkaitan dengan PnP atau persekitaran sekolah.
- untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi.
Di mana kajian tindakan dilakukan?
Setting Kajian
- Di dalam kawasan sekolah
- Di dalam dan di luar bilik darjah.
Sampel Kajian
- pelajar di dalam sesebuah kelas yang terlibat di dalam kajian.
Bagaimana melakukan kajian tindakan
Prosedur
- Pemerhatian - mengumpul maklumat dengan melihat dan mendengar.
- Temuduga - mendapat maklumat dengan bertanya secara berstruktur atau tidak berstruktur dengan sampel kajian.
- Soal selidik - instrumen yang mengandungi soalan yang berkaitan dengan kajian.
Pengumpulan data
- Data kualitatif - pendekatan am umtuk mendapatkan maklumat. Data ini biasanya diperolehi dengan membuat soalselidik,pemerhatian dan lain-lain.
- Data kuantitatif - berbentuk angka dan biasanya dinyatakan dalam bentuk statistik.
Penganalisisan data
- Mengklasifikasikan struktur sistem
- Statistik deskriptif - data mentah
- Grafik - jadual peratusan
- Triangulate data
Model Kajian Tindakan
Carr dan Kemmis (1986) menyatakan terdapat dua tujuan penting kajian tindakan iaitu memperbaiki dan melibatkan diri. Terdapat tiga matlamat yang hendak dicapai iaitu memperbaiki, mendalami dan memahami amalan. Amalan-amalan ini dapat dilakukan dalam empat fasa iaitu merancang, melaksana, menilai dan mereflek. Tujuan umum kajian tindakan ialah memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion keguruan.
Model ini merupakan kitaran daripada tindakan dan reflek, dipecahkan menjadi fasa perancangan, tindakan, pemerhatian dan reflek. Kitaran ini boleh bermula daripada mana-mana fasa dan tidak terhenti apabila sesuatu kitaran selesai tetapi ia merupakan permulaan kepada kitaran yang lain dan menjadi lebih banyak kitaran. Ia merupakan proses yang berterusan.
Dalam melakukan kajian tindakan, perlu juga untuk melalui empat fasa ini. Bermula dengan perancangan, rancang apa yang hendak di kaji, siapa, bagaimana dan sebagainya. Kebiasaanya kitaran yang bermula dengan perancangan adalah sesuatu permasalahan yang baru. setelah fasa perancangan, akan diikuti dengan tindakan iaitu pengkaji perlu bertindak setelah apa yang telah dirancang dengan melaksanakan kajian tindakan tersebut. Seterusnya fasa pemerhatian di mana fasa ini merupakan data dapatan kajian diperolehi. Setelah data diperolehi,pengkaji perlu mereflek atau bertindak balas dengan hasil dapatan tersebut sama ada ia memenuhi objektif kajian tindakan tersebut atau tidak. Seterusnya proses empat fasa ini boleh berterusan untuk memperbaiki dapatan data kajian tindakan.
No comments:
Post a Comment