Showing posts with label Tugasan kelas. Show all posts
Showing posts with label Tugasan kelas. Show all posts

Sunday, November 8, 2009

TUGASAN KELAS : NOTA

TAJUK : KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN

Konsep Kajian Tindakan


Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan dari perspektif orang dalam (insider perspective) di mana penyelidik itu sendiri terlibat sebagai bahan kajian dalam kajian yang hendak dilaksanakannya. Ini bermaksud, penyelidik melihat kebolehan dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai persoalan timbul tentang diri sendiri:

1. Adakah apa yang saya lakukan ini adalah betul?

2. Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara, supaya saya dapat bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?

Dari perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara. Kajian tindakan juga satu proses kajian inkuiri atau kajian yang bersistematik. Kajian tindakan berbeza daripada kajian tradisional kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian. Kajian tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan.

Proses asas yang perlu ada dalam kajian tindakan merangkumi:
a. Reka bentuk kajian
b. Pengumpulan data
c. Analisis data
d. Hasil komunikasi
e. Mengambil tindakan

Model-Model Kajian Tindakan

1) Model Lewin's


2) Model McKernan's

3) Model Kemmis's
4) Model Ebbutt's

5) Model Elliot's

Thursday, October 29, 2009

Tugasan Kelas Kajian Tindakan..

10 Sebab kajian tindakan penting untuk dilakukan oleh seorang guru :

1. sebagai usaha untuk memperbaiki kaedah P&P.
2. untuk mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaiannya.
3. dapat meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan perkembangan jasmani,rohani,emosi,intelek dan juga sosial.
4. menjadi sumber rujukan kepada guru-guru lain.
5. untuk mengkaji setiap perubahan sikap oleh pelajar.
6. meningkatkan kualiti modal insan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
7. mencari kaedah-kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
8. membina kemahiran dalam melakukan sesuatu penyelidikan.
9. memjadikan seseorang guru itu lebih peka terhadap persekitarannya.
10. pendidikan merupakan untuk sepanjang hayat dan tidak terhenti pada suatu tahap sahaja...