Ramai pembentang yang membentangkan hasil kajian tindakan mereka di sekolah-sekolah yang telah mereka pergi untuk praktikum. Pelbagai permasalahan yang dikemukakan tetapi di sini saya sertakan hasil dapatan 2 pembentang di antara ramai-ramai senior yang terlibat pada hari kejadian...
1. Tajuk : "Keberkesanan permainan teka silangkata sebagai aktiviti pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran"
Pembentang : Radiah Binti Zakaria, Samini Binti Bianus dan Zatul Himmah Binti Samsudin.
Persoalan kajian :
1. Adakah permainan teka silangkata dapatmeningkatkan penglibatan pelajar dalam aktivitipengukuhan?
•2. Adakah permainan teka silang kata dapat mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar?
•3. Adakah pelajar rasa terhibur dan seronok bermain teka silangkata sebagai aktiviti pengukuhan?
Metodologi :
1. Perancangan - melalui pemerhatian dan membuat Rancangan Pengajaran Harian.
2. Perlaksanaan - menggunakan 98 orang pelajar sebagai sampel.
3. Pengumpulan data - melalui pemerhatian, temubual dan komen penyelia.
4. Analisis data - secara Kualitatif.
5. Refleksi - mengenalpasti kelemahan dan cadangan penambahbaikkan.
Sampel kajian :
1. 98 orang pelajar SMK Bukit Katil, Melaka.
Pengumpulan data :
1. Pemerhatian - pelajar seronok untuk menjawab soalan sebagai aktiviti pengukuhan. pelajar berlumba-lumba untuk menjawab.
2. Temubual - seramai 30 orang pelajar menyatakan reaksi yang positif. Permainan ini lebih menyeronokkan dan pelajar lebih yakin menjawab secara sukarela kerana telah diberikan pembayang.
3. Komen penyelia - Teka silangkata sesuai digunakan sebagai aktiviti pengukuhan di dalam bilik darjah. Ia berpusatkan kepada pelajar.
Implikasi kajian :
1. Dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktivitipengukuhan.
•2. Mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar.
•3. Mewujudkan rasa terhibur dan seronok semasa aktiviti pengukuhan dijalankan.
Daripada tajuk perbentangan ini, saya dapati bahawa pelajar lebih cenderung belajar menggunakan kaedah permainan berbanding kaedah konvensional seperti soal jawab. Permainan -permainan yang menerapkan kefahaman untuk aktiviti pengukuhan sememangnya dapat membantu menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan daya pemikiran pelajar kerana ia menggalakkan pelajar berfikir mencari jawapan kerana telah dibantu melalui pembayang.
Namun begitu,tajuk yang digunakan tidak sesuai dalam konteks kajian tindakan.Perkataan 'keberkesanan' lebih menunjukkan kajian eksperimental.
Pengumpulan data melalui temu bual juga bagus kerana dapat memperoleh reaksi dan pandangan yang lebih tepat daripada pelajar terhadap pembelajaran yang telah dijalankan berbanding dengan hanya membuat pemerhatian sahaja.
Ini pula tajuk perbentangan yang kedua.
2. Tajuk : Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Media Elektronik ( Klip Video )
Pembentang :
Siti Sarah Bt Udzir dan Nur Aznida Bt Talib
Persoalan Kajian :
1. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik menyebabkan pelajar cepat bosan, mengantuk dan hilang tumpuan untuk belajar
2. Pelajar kurang berminat dengan penggunaan buku teks semata-mata semasa proses pengajaran dan pembelajaran
3. Pelajar memerlukan Bahan Bantu Mengajar yang menarik dan terkini
Metodologi :
i) Mengenal pasti masalah dan merumuskan masalah pengajaran dam pembelajaran
berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan:-
- Penilaian kendiri pengajaran yang lepas
- Pemerhatian guru
- kajian perpustakaan
ii) Merancang langkah-langkah penambahbaikan teknik pengajaran
- pemilihan kaedah (klip video)
- senarai semak pengumpulan data
iii) Melaksanakan kajian mengikut perancangan
- Melaksanakan kaedah yang telah dipilih
- mengumpul dan menganalisis data
- penilaian dan refleksi
iv) Membuat laporan dan menyebarkan maklumat

Sampel Kajian :
Sampel yang dipilih terdiri daripada 38 orang pelajar iaitu 17 orang pelajar tingkatan satu (Pendidikan Islam) dan 21 orang pelajar tingkatan empat (Biologi)
Sampel yang dipilih terdiri daripada 38 orang pelajar iaitu 17 orang pelajar tingkatan satu (Pendidikan Islam) dan 21 orang pelajar tingkatan empat (Biologi)
Setting Kajian :
1. kajian dijalankan secara kolaboratif diantara dua pengkaji yang menjalani latihan mengajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
2. Dijalankan dalam tempoh empat masa bagi setiap mata pelajaran.
1. kajian dijalankan secara kolaboratif diantara dua pengkaji yang menjalani latihan mengajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
2. Dijalankan dalam tempoh empat masa bagi setiap mata pelajaran.
Pengumpulan Data :
1. Penilaian Kendiri
~ Semua rekod dan penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran dicatat di dalam buku persediaan mengajar bagi melihat penerimaanpelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yangdijalankan
~ Berguna untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar
dan juga guru yang mengajar
2. Pemerhatian
~ Pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku dan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi melihat keberkesanan kajian yang dijalankan
3. Soal selidik
~ Guru mengajukan beberapa soalan khusus bagi mengetahui tahap dan minat pelajar terhadap kajian yang dijalankan.
~ Persoalan tertumpu kepada gaya pembelajaran sebelum, semasa,dan selepas kajian dijalankan bagi melihat perubahan tingkah laku dan minat pelajar
4. Temubual
~ Temubual dilaksanakan antara:
i) pengkaji dengan pelajar
ii) Pengkaji dengan rakan guru yang lain
~ Dilakukan bertujuan untuk mengetahui kaedah pengajaran guru serta pandangan guru terhadap tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan
5. Kuiz
~ Dijalankan dalan dua fasa:
i) Sebelum penggunaan video iaitu kaedah pengajaran tertumpu secara syarahan
ii) selepas penggunaan video
~ Bertujuan untuk membuat perbandingan antara dua fasa tersebut.
Implikasi kajian:
1. Perubahan tingkah laku pelajar dari mengantuk kepada fokus dan pemberian tumpuan
2. Pelajar aktif dalam perbincangan yang dijalankan
3. Prestasi pelajar meningkat melalui peningkatan markah kuiz yang dijalankan.

Daripada pembentangan ini, apa yang dapat saya perolehi ialah penggunaan BBM daripada media elektronik sememangnya sangat menarik tumpuan pelajar semasa di dalam kelas. Selain ia lebih 'up to date', media elektronik juga memudahkan guru untuk menerangkan sesuatu topik pelajaran dengan lebih jelas kerana klip video mengandungi gambar,dan penerangan bersuara.
Namun, tajuk yang digunakan tidak bersesuaian dengan kajian tindakan kerana perkataan 'meningkatkan kefahaman ' menunjukkan kajian